Wednesday, 29 March 2017

WORDLESS WEDNESDAY #2













There is no such thing as only one way to live your life,

make your own 'ranting' and choose wisely.










Tuesday, 28 March 2017

tentang kamu.









Well, sebenarnya aku dah taip panjang.

Then, aku fikir, whats the point of tulis panjang panjang. Kan?

Saya cuma nak sampaikan ni.




"Saya tahu saya tak penting bagi awak.

Saya tahu saya bukan siapa siapa bagi awak.

Saya tahu awak tak percaya saya.




Say the word. and I will leave."











Wednesday, 22 March 2017

WORDLESS WEDNESDAY #1














rasa itu mungkin akan mati.

dan aku harap ia tak terjadi antara kita.




'the unknown feeling'






Sunday, 19 March 2017

#Hikayat 7







Kau.


Aku.


Kita tidak sempurna.


Aku harap, andai kau ditakdirkan menjadi jodohku,

menjadi imamku,

menjadi ayah kepada anak anakku.




kita bakal sempurnakan diri kita.





Kau. Jodohku. Yang masih tidak diketahui siapa orangnya.




Saya. Jodoh awak - babak pertama







"Fayyaddd, tungguuuu!" jerit satu suara di tengah tengah lautan manusia itu.

"Siapa?" Fayyad keliru.

Dia tidak kenal pemilik suara itu.

Matanya mencari cari. Siapa?



"Awak. Awak tak kenal saya?" pemilik suara itu akhirnya berada di depan mata.


Matanya. Bundar.
Coklat.

Cantik.


Fayyad terpaku.
Fikirannya terbang mencari identiti siapakah gadis misteri ini.


"Hey," gadis itu memetik jari di hadapan muka Fayyad. Lamunannya mati dan matanya kembali fokus memandang pemilik suara itu.

"Siapa?" akhirnya suara kembali menjadi milik Fayyad setelah pergi bersama lamunannya tadi.





"Saya. Jodoh awak." - Aisya Humaira.



to be continue..






#Hikayat 6







Kadang,

Aku sering terlupa.

Kamu itu,


Belum tentu aku yang punya.





#Hikayat 5








bicara sama hati,
apa mahumu?
apa hendakmu?

--------

Kau tahu?

sayang itu.
cinta itu.

pedih.



pernah kau tanya hati sendiri?
apa tidak penatkah?

mencintai tanpa dicintai

kau lelah. tapi tetap kau tunggu

tapi sampai bila?







hingga ada nokhtahnya.
titik.



Saturday, 18 March 2017

tentang kamu.











Dan jodoh itu belum tentu milik kita.

Aku berharap.

Kau yang pertama. Dan terakhir. Untuk segala galanya.

~BHA









Kau tahu, setiap manusia ada titiknya.
Dimana bila sampai masa, dia hanya akan berserah.


dan kini aku berserah.





Kalau ada jodoh, adalah.


Kembali.









"Aku nak kembali." Fana berkata dengan riak muka yang tampak kosong.

Bilik itu tidak berpenghuni.

Kosong.


"Kau mahu kembali? Kau pasti?" satu suara tiba tiba kedengaran.


"Siapa kau?"  Mata Fana melilau mencari pemilik suara itu.


"Aku? Aku yang sentiasa menghasut kau yang bernama manusia. Menghasut kau berkali kali supaya kau mengikut langkah aku. Alangkah bodohnya kau yang bernama manusia." balas suara itu.


"Aku penatttt!! Aku tahu aku salah. Aku dah jauh melangkah tinggalkan diri aku yang dulu. Aku mahu kembali." Sambil teresak esak Fana membalas.


"Apa kau fikir semudah itu kau mahu kembali? Kau lupa setiap dosa yang kau kutip setiap kali termakan dengan hasutan aku? Hahahahahhahaa. Bodoh." sindir suara itu.


"Aku.. Aku.. Arghhhh! Sakitttttttttt!!! Panasss!! Aku menyesal. Tolongggg. Tolong akuuu.. Kenapa panass sangat ni. ADUHHHH, SAKITTTT!" Fana menjerit. Bilik yang mempunyai penghawa dingin itu seolah olah tidak memberi kesan kepada Fana.


"Itulah, bodoh. Kau tahu kau manusia bodoh. Kau kejar nikmat dunia. Kau lupa yang dunia ini cuma sementara. Kau tempah untuk berjalan bersama aku. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA, PADAN MUKA KAU! HAHAHHAHAHAHA. " ulang suara itu berkali kali.


"Diammmmmm!! Aku menyesal! Aku berjanji aku akan kembali. Biar payah. Biar susah. Biar penat aku melangkah. Aku akan kembali. Kembali pada Dia. Aku tahu ada ruang untuk aku kembali. KAU BERAMBUSS! KELUAR DARI KEPALA AKU! PERGII!" kedua dua tangannya menutup kedua belah telinga seolah olah mampu mengusir suara itu. Fana tekad. Dia mahu kembali.


"Baiklah. Aku akan pergi. Tapi ingatlah wahai cucu cicit adam, selagi ada manusia bernafas di bumi ini. Aku akan sentiasa ada. Untuk menghasut kamu semua. Selagi agama kamu masih goyah." dan suara itu akhirnya diam.





--------------------------------------------

Seperti aku.

Kamu. Kamu. dan Kamu.

Cuba untuk kembali.

Biar payah. Biar susah. Biar lelah.


Manusia itu selemah lemah makhluk. Mempunyai akal untuk berfikir. Tapi lemah. Mudah hanyut. Mudah terhasut. Jangan disalahkan manusia yang lain. Kau sendiri mampu mengawal diri. Kau yang memilih. Dan aku sentiasa memilih nikmatnya dunia.

Jujur, aku manusia yang lemah. Seperti lalang. Hari ini mungkin tekad untuk berubah. Dan esok, mungkin tekadku akan rebah. Dan aku tak pernah salahkan manusia lain. Aku yang memilih. 




Nikmatnya dunia.









Moga kita mampu untuk kembali.

Kembali pada-Nya.







Thursday, 9 March 2017

#Hikayat 4- Healing













Hati itu,
pernah terluka.

pernah disayang,
pernah dicinta.

pernah dipunya.



sekeping hati itu juga,
sukar untuk percaya.




kerana hati itu,
pernah ditoreh, ditikam. dilumat lumatkan oleh insan yang bernama


kamu.





'Dear awak,


Sabar.

you're healing.'