Wednesday, 9 October 2013

To change for good is not a crime




" Have you ever asked yourself, where is Allah in your heart..? "




Bila bercakap tentang ingin berubah, mesti semua orang pon nak berubah kan? I mean changing from bad to good. Dan semestinya, semua orang ada skeleton in the closet. Saya berani kerat jari yang tade sesape pon tak penah tak buat silap.( Heee..oke gurau jee ). 

Back to main topic.

Sebenarnya, entry kali ni, saya taknak pon cakap pasal diri saya. Tapi, saya nak cakap tentang kawan baik saya. She is one of my best galfriend since school and i really love her and our gang really damn much.  *Serius beb, aku rindu sama kamo !* Unfortunately, now, she faced some problemo and i can't help her sebab jarak kitorang jauhh sangat.

That is why, entry kali ni wujud.

I hope, this entry can comfort her.

Actually, entry nih bukan comfort dia sgt pon sebab rasanya dah macam tempat nak lepas geram jee sekarang nih. -..- Sorry darl, mula-mula aku nak tulis guna ayat baik-baik, tapi hampeh. Tau je la aku ni kan bila da geram -..- Intro baikk punya ayat, lastly, back to normal. KO. Aigoo~

----------------------------

Change.

Titik perubahan dalam hidup seseorang. 

Saya rasa semua orang sedar yang kita semua memang sedang berubah.

"Really?"

Ya, kita sedang berubah. Dunia pun sedang berubah. Tapi, yang peliknya, dunia berubah menentang fitrah kita. Bilamana, maksiat menjadi perkara biasa, jenayah pon dah jadi perkara biasa. It's AWFUL. Dan yang makin peliknya, yang ingin membuat kebaikan menjadi takut dengan pembuat kejahatan.

Kenapa saya cakap macam tu?

Sebab . .

Manusia zaman 'kini', tak boleh nak tengok bila someone change for good. Ada jee persoalannya.

Yang paling tak dapat diterima, yang ingin berubah menjadi 'baik', dipulaukan. Seolah-olah terasing daripada kelompok mereka sendiri. 

Bukan saya nak kata mereka tak baik, tidakkk. Tapi, cuba korang fikirkan.

- Boleh tak saya bahasakan diri saya sebagai 'aku' kejap? Boleh je laa kan.-

Isu pertama : Tudung.

Daripada tudung kecik-kecik yang dulu aku pun suka pakai kepada tudung labuh. *Dalam kes ini, nurul izzati dikecualikan sebab dia still lagi pakai tudung ta berapa nak labuh.* Well, hellooo. Guys ~ Kenapa nak amek kesah sangat bila dia pakai tudung labuh? Aku tak rasa perkara tu membebankan korang pon -..- dan, kenapa sampai taknak berkawan dengan dia langsung? Pliss la dont be so prejudice. You guys tanak pakai tudung labuh pon suka hati korang la. Tapi, takkan because of that, uols make a decision not to be friend with her kann. Tak matang betul hampa ni. -..- Aku pon still wear jeans and kai tshirt biasa je time hangout dengan dia. Bukan dia paksa hampa semua berubah pon. Kalau ye pon ada orang perli korang camni, "Eh, dia da pakai tudung labuh, korang bila lagi? Hahaha", takkan la disebabkan perkara-perkara camtu, korang menjauhkan diri. Korang kawan dengan dia sebab dia ke atau sebab penampilan dia? Come on la. Even the lecturers also, encik blaja tinggi-tinggi, tapi ikot join depa sekali kenapa? Encik kan dah besaq, takkan takleh pikiaq tuk jaga perasaan orang kot. Saya nak tanya encik, salah ke untuk berubah? -..- Aku langsung tak percaya wujud orang macam kalian nih. Sepatutnya hampa support dia, bukan downkan dia. Seriously, aku nak sangat jumpa hampa semua and nak tengok and dengaq ngan mata telinga aku sendiri. Hampa kalau depan aku, hampa buat lagu tu, haih~ mintak maap la. Sesopan sopan nurul izzati binti mohd yaacob, kalau dah mai jahat dia, takleh buat pa dah. -..-" *oke, awat aku duk cakap loghat utagha plak nih? sila abaikan*


Isu kedua : Mulut Laser

Tak faham. serius tak faham. Time kami mulut laser, hampa kawan jaaa ngan kami. Tapi, bila kami dah kurang laser, Wushhhh~ Amek kau sebijik. Aku taknak kawan dah. Apedehal awak oii. Hahahha. Korang tengah buat lawak ke? -..- Korang suke dia mulut laser eh daripada tak laser? Aku oke je. Tade hal pon. Bagi aku, dia still macam yang aku kenal time skola dulu. Kalau ada beza pon, sikit je la. Hal len, dia still men aci redah jee. Aku memang tak sebut perkataan, ' animal, skeleton, vavi and wateve ' la dari dulu. *sila translate kepada bahasa terengganu or bahasa melayu.* Sebab tu aku tak amik kesah. Tatau la plak kann kalau korang semua selalu sebut benda alah camtu, sebab tu takleh terima bila dia dah jarang sebut. -..-" grr. Hampa memang tak patut. Orang kena jaga lidah, jaga pertuturan, tu la yang baik, taaaaaaapi, hampa? lagi suka ada la -.-"

Isu ketiga : Lepak lepak

Mak ai~ korang ! Disebabkan dia da berubah dot dot korang semua terus tak mao dah kawan ngan dia. Dia bukannya takleh lepak lepak langsungg dah. Korang malu sangat ke keluar ngan orang tudung agak labuh? fehning betul. Serius tak faham petala kuasa lapan. *picit picit kepala takot migraine* Korang ingat bila da berubah menjadi lebih baik, takleh lepak lepak dah eh? Tu laaaaaaaaaa, dulu kecik kecik tanak belaja, besaq besaq mula laa menyusaaaaahkan orang. Opss. *terasa* Setakat p makan minum takkan tak bolehh kot. Haish.

-----------------------

Karang aku cakap banyak, kata aku membebel. Ni laa manusia. Yang dah senang lenang, tak reti bersyukur, yang susah susah tuu, tak reti reti hargai apa yang ada, yang baaaik tu, jangan dok pandang rendah kat orang len, yangggg tak berapa nak baik tu, dah tau orang dah berubah, jangan laa dok kutuk bagai. Kalau takmao ikot sama berubah, just tutup mulut !



- via unhealthy person with unhealthy mind and empty heart

No comments:

Post a Comment