Tuesday, 16 October 2012

Istiqomah dalam bercinta





Ibnu Taimiyah membahas istiqamah dengan detail. Ia berkata, “Mereka istiqamah dalam mencintai-Nya dan beribadah kepada-Nya. Mereka tidak menoleh dari-Nya, baik ke ke kiri atau ke kanan.” 





Jatuh cinta tak bermakna cinta itu antara kaum Adam terhadap kaum Hawa mahupun cinta kaum Hawa terhadap kaum Adam. Cinta itu maksudnya meluas. Mungkin jatuh cinta itu bermaksud cinta kita terhadap keluarga, mungkin cinta kita terhadap alam, tetapi semua cinta itu tetap tidak setanding dengan cinta kita yang mendalam sebagaimana cinta kita terhadap-Nya. Btw, Assalamualaikum and Hi ;)




Istiqomah dalam BERCINTA.

Semua orang nak berubah. Semua orang nak jadi lebih baik daripada tak baik. Tapi, nak berubah tu agak senang, nak istiqomah tu susah. -.- Sape setuju angkat kaki.

Jap jap. Pe kaitan nak jadi lebih baik ngan topik 'cinta' kita hari ni?

And ape pulak maksudnya 'istiqomah' tu?

Take Note : Hari ni aku nak bercerita tentang cinta kita terhadap-NYA. Bukan cinta Adam dan Hawa. So, sapa2 yang nak tukar channel tu, boleh la slow slow close tab. Maafkan saya ;) Sebelum tu, sekali lagi aku mohon maaf sangat-sangat kalau entry aku ni macam 'tunjuk baik'. Aku tau, dengan penuh kesedaran dalam diri nih, aku bukan baik sangat pon. Pakai baju kekadang macam tak sopan. Kata-kata aku mungkin kekadang agak kasar and pernah menyinggung *aku kurang pasti penggunaan perkataan tu betul ke tidak so abaikan je okay* perasaan sesape. Tapi, aku taip entry ni tak lebih tak kurang hanya sebagai peringatan terhadap diri nih sendiri, takde niat lain pon. Peace no wars brother and sister ;)



Bismillahirrahmanirrahim.

Istiqomah itu membawa erti teguh hati ataupun tetap pendirian. Dalam bahasa mudah melakukan sesuatu secara berterusan.

Istiqomah ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1. Istiqomah dalam melakukan kemungkaran dan kemaksiatan
2. Istiqomah dengan kemakrufan dan kebaikan

Mengapa aku mendahulukan jenis itu dengan kemungkaran dan kemaksiatan berbanding dengan kemakrufan dan kebaikan? Melakukan kemungkaran itu ternyata lebih senang berbanding kebaikan. Dan itulah yang sering dilakukan oleh kita pada masa ini. Nau'zubillah, mintak dijauhkan.

Kita tak payah nak ambik contoh yang berat-berat sangat. Sebab aku pon bukan betol sangat. Haih~

Pernah tak satu hari tu, korang rajin sesangat nak buat sesuatu kerja. Sebagai contoh, study.

Tapi, keesokan harinya. Dah malas. Dengan alasan, semalam da buat, takkan la hari ni pon buat lagi.

Susah kan nak istiqomah bila buat kerja baik, kerja berfaedah?

Tapi, bila kita nak pegi jejalan, shopping, cuci mata. Semalam da buat, hari ni orang ajak, senang jee nak mengikot. Kan kan kan? Nak-nak kalau duit still tebal dalam poket. Ishh~ Membazir tu amalan syaitan. *Cakap kat orang, cermin diri dulu la  -.-

See? Susahnya istiqomah tuk buat kebaikan, tetapi senangnya istiqomah dalam melakukan kemungkaran. Aku bukan nak kata jejalan, shopping tu suatu kemungkaran. aku buat sebagai contoh jee.. kome nih~ Tapi, put what first is first ;)

Daripada Sufyan bin Abd Allah al-Thaqafi, beliau berkata, " Aku berkata : Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu perkataan tentang islam yang aku tidak perlu menanyakan kepada orang lain selepas kamu [dalam hadith Usamah - selain daripada kamu]." Nabi bersabda, " Ucapkanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah kamu beristiqamah."

(Al-Imam Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslimal-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Hadith 159.)


Omak ai~ Susahnya nak istiqomah T.T


Susahnya nak istiqomah bangun awal. Susahnya nak istiqomah takmo pakai baju kecik2, pakai baju besar2 jee. Susahnya nak istiqomah baca al-Quran selepas maghrib. Susahnya nak istiqomah solat sunat selepas solat fardhu. Susahnya nak istiqomah study tiap-tiap malam. Susahnya istiqomah pegi kelas awal. Susahnya nak istiqomah bila azan jee terus solat. Susahnya istiqomah bangun dari tido baca quran sekerat dua ayat.

Susahhhhhnyaaa istiqomah nak berubah. Susahnya istiqomah buat assignment awal-awal. Susahnya nak istiqomah cakap sopan-sopan. Susahnya istiqomah menjaga adab pergaulan.

Oit~ Sape kate susah? Ade jee benda yang senang nak istiqomah.

Aku senang jee nak istiqomah.

Senangnya istiqomah balas mesej scandal2. Senangnya istiqomah lepak-lepak ngan membe. Senangnya istiqomah lepaking buang masa.

Eh kau?

Memain pulak dah.

Dan Allah sangat sukakan pekerjaan yang dilakukan secara istiqomah. Biar sikit asal berterusan, daripada banyak, tapi hangat-hangat ta*k ayam.

Memang susah nak istiqomah, tapi kalau niat kita tu betul, insya-Allah, Allah akan bantu kita.

Aku cuma insan biasa, insan yang tak sempurna. Makin banyak aku blaja, makin aku sedar. Ceteknya ilmu yang aku ada. Terutamanya, ilmu agama. "Keep on learning girl".

Aku harap, aku dapat istiqomah dalam niat ingin berubah. Berubah untuk betul-betul mencintai-Nya dan bukan sekadar islam atas nama.

Doakan aku. Doakan kita semua agar mendapat petunjuk daripada-Nya ;)




One day, insyaAllah, kak cik nak berniqab. Tapi bukan sekarang. Dan jangan tanya kenapa bukan sekarang. Pray for me.

So, this is the end. Thankyou vely much for spending your precious time by reading my blog.
May Allah bless all of us. Ameen ;)