Wednesday, 28 March 2012

A D A M





Assalamualaikum.

Hai peeps, hai enemy, hai lover !

Hurm, lama aku tak hupdate belog rite? 8 hari da -.-"
( kunun-kunun lama leteww )

Satgi aku ada kelas,so,
-MakeItShort-

A D A M

'Mungkin' ada orang tertanya-tanya, siapa Adam?
     Kaum Adam merupakan pemilik tulang rusuk bagi kaum Hawa, Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Tu definition first aku tentang Adam. Tapi hari ni, bukan aku nak menceritakan tentang Nabi Adam, tetapi aku nak menyampaikan sesuatu kepada kaum Adam, pemilik tulang rusuk kaum Hawa. Pemilik tulang rusukku.


Sebelum tu,

Semalam aku ada dengar lagu, tiba-tiba je tangan ni terbuka folder lagu nasyid. Aku pon tengok la list-list yang ada. Ada kumpulan hijjaz, raihan, rabbani, and banyak lagi la. Tapi aku lebih tertarik nak bukak lagu dari 'dehearty'. Lagu tu ada deep meaning




Ni lirik lagu tu.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


     Oke, sambung balik citer tadi. Ekceli, tajuk ni muncul bila aku terbaca status classmate aku kat fesbuk, al-maklom la, aku ni kan rajin bebenor baca status orang, LIKE and then duk merepek sengsorang. Hewhew~ Tapi dia punya status quite sweet la. Nak baca? Meh kiter terjah, Zasss.. Haha

"Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) 

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu.
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya...
"

P/s : M***, Sori, aku pinjam status kau kejap masuk belog aku ;)

Wahai kaum Adam, terutama pemilik tulang rusukku, biar hati ini berbicara.

" Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, niscaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku..

Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku, dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan memipin perjalananku nanti..

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu, dan buah hatimu kelak.. "



Tu je la nota kaki tuk kali ini. Enough berjiwang, back to normal. Cold-heart. Assalamualaikum sahabat :)



No comments:

Post a Comment